Wednesday, 25 January 2012

jerit suami mu sediakan aku juadah daging masak merah untuk ku. 
itu dulu sewaktu kau umpama hamba sahaya .
sekarang tiada lagi jeritan begitu kerana di sinki dapur
kau sedang membasuh pisau yang dicemari darah berteman daging segar di dalam baldi merah.

Wednesday, 11 January 2012

Hari Ini Kisah Bertuah

Derap kaki saya laju menapak menaiki tangga untuk ke pejabat yang terletak di hujung bangunan.
Saya bertanyakan mengenai kaedah pendaftaran , hanya kad pengenalan sahaja yang diperlukan berserta nombor telefon. Usai saya menyelesaikan urusan di kaunter itu setelah mengambil masa kira-kira setengah jam.Terus saya ke pintu untuk segera beredar dari situ..

Sebelum sempat saya keluar dari bangunan pejabat itu. Laungan dari dalam pejabat segera mematikan lamunan saya. Tempek die jangan Lupa undi Barisan Kebangsaan nanti.